Monday, 11 July 2011

LAPORAN TIDAK TELUS

Ternyata media arus perdana membuat liputan berita yang selektif.  Jelas mereka hanya mengampu kerajaan saja.

Selepas ini memang confirm, ramai tak percaya kepada semua laporan dari saluran media-media perdana  ni.  Ibarat kata, 'sudah terang lagi bersuluh.'

Mereka di media arus perdana memang ikut telunjuk saja!  Kita tak mahu tertipu.

Sunday, 3 July 2011

BENJOL DI PERGELANGAN TANGAN

Mula ingatkan benjol di tangan adalah akibat tergesel di mana-mana.  Sesekali rasa sengal juga.

Kini sudah lebih tiga bulan.  Risau la pulak.  Jadi tadi pergi berjumpa doktor.

Mengikut doktor ini adalah ganglion, iaitu sejenis ketumbuhan di bawah kulit.  Memang biasanya ia terjadi pada pergelangan tangan atau belakang.  Ia mengandungi cecair.

Kata doktor juga apa yang saya alami adalah ringan.  Selagi ia tidak menganggu fungsi sendi dan tidak menyakitkan serta tidak terlalu ketara, kira okey la!

Harap-harap betul tidak akan menimbulkan masaalah lain.  Insya Allah.

Monday, 20 June 2011

KHABAR YANG TIDAK MENEYENANGKAN

Sumber dalaman memberi gambaran bahawa rakyat harus balik kepada ajaran Al Quran.  Kalau tak percayakan Keadilan, PAS dan DAP pun tidak apa.  Tapi kita wajip berpegang kepada Firman dan suruhan Allah SWT.

Maksudnya jelas.  Tapi mesejnya tu yang kurang jelas.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?  Adakan kita terlalu pekak dan buta hingga tak tahu apa yang kita redhakan berlaku?

Saturday, 11 June 2011

ZARINA GELEK PERSONA

Dalam konsert Kenangan Afnil malam tadi beberapa peserta lama Akademi Fantasia yang terdahulu mengambil bahagian.  Ada suara OK, ada macam hancuss!

Apapun goyang gelek Zarina mempersonakan.  Kira suaranya masih boleh tahan.  Tapi yang lebih menarik ialah aksinya amat berani.

Dengan gelek itu Zarina memenangi kereta Proton Persona.  Berbaloi juga la.

Malam ini kita tengok pula Konsert akhir AF9.  Kalau orang tahu menilai, Hazama layak menjadi juara.  Bukan kerana dia telah berada di persada seni buat beberapa ketika.  Tapi kebolehannya memang melebihi peserta lain dan tidak dapat dinafikan professional sekalipun.

Tuesday, 31 May 2011

TIME FLIES

Aku sibuk & menyibuk.  Tahu tahu dah hujung bulan.  How time flies.  I felt like only last week that I registered as a blogger.

I promise that I would attempt two N3s  a month, at least.  So ni kira satu N3 juga la!  Boleh tu kan geng?  :)

Saturday, 7 May 2011

HARI IBU JADI BLOGGER

Hari minggu Hari Ibu ini aku sah daftar jadi blogger.  Senang ingat la nanti bila time anniversary.   Rasa aku la.  Hehe.

Sebenarnya kebetulan.  Kawan duduk bercerita sakan macam best jer.  Jadi aku pun curious juga.

Hopefully, ada something interesting to look forward to.  Bila ada masa boring2 tu boleh la lepak sini.