Cuti ada banyak juga lagi. Jadi aku terus cuti saja selepas cuti umum Raya Haji. Kami balik ke kampung untuk sama-sama dalam majlis korban. Tapi balik hari saja.
Semalam kami pergi jenjalan dan pusing-pusing ke Putrajaya. Kemudian santai-santai di tepi tasik Putrajaya.
Hari ini duduk lepak di rumah dengan acara keluarga saja. Banyak masa dihabiskan dengan nonton dan main 'games' bersama-sama.
Kemudian aku dan anak perempuan masak ringkas-ringkas saja untuk makan tengahari. Dengan nasi putih dan lauk-lauk seperti di gambar bawah, kami santai makan bersama. Semua kata sedap dan gembira. Kiranya memang menyeronokkan!
