Showing posts with label Cerita2 dan komen jer. Show all posts
Showing posts with label Cerita2 dan komen jer. Show all posts

Sunday, 18 September 2011

RAYA ENAM

Alhamdulillah, akhirnya hari ini kami merayakan kejayaan berpuasa enam hari di bulan Syawal pula.  Sekaligus, jemput juga beberapa orang saudara dan kawan rapat datang ke rumah.

Tak buat apa sangat pun.  Kami sekadar order sate dan nasi himpit.  Kebetulan adik rajin sikit dan dia goreng bihun.  Selebihnya adalah kueh-kueh raya saja.

Sebenarnya kami semua mulanya tak ingat pun tak jemput sesiapa beraya ke rumah.  Tapi apabila, mak saudara anak beranak telefon kata nak datang, kami lawa juga beberapa orang yang lainnya.

Monday, 11 July 2011

LAPORAN TIDAK TELUS

Ternyata media arus perdana membuat liputan berita yang selektif.  Jelas mereka hanya mengampu kerajaan saja.

Selepas ini memang confirm, ramai tak percaya kepada semua laporan dari saluran media-media perdana  ni.  Ibarat kata, 'sudah terang lagi bersuluh.'

Mereka di media arus perdana memang ikut telunjuk saja!  Kita tak mahu tertipu.

Monday, 20 June 2011

KHABAR YANG TIDAK MENEYENANGKAN

Sumber dalaman memberi gambaran bahawa rakyat harus balik kepada ajaran Al Quran.  Kalau tak percayakan Keadilan, PAS dan DAP pun tidak apa.  Tapi kita wajip berpegang kepada Firman dan suruhan Allah SWT.

Maksudnya jelas.  Tapi mesejnya tu yang kurang jelas.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?  Adakan kita terlalu pekak dan buta hingga tak tahu apa yang kita redhakan berlaku?

Saturday, 11 June 2011

ZARINA GELEK PERSONA

Dalam konsert Kenangan Afnil malam tadi beberapa peserta lama Akademi Fantasia yang terdahulu mengambil bahagian.  Ada suara OK, ada macam hancuss!

Apapun goyang gelek Zarina mempersonakan.  Kira suaranya masih boleh tahan.  Tapi yang lebih menarik ialah aksinya amat berani.

Dengan gelek itu Zarina memenangi kereta Proton Persona.  Berbaloi juga la.

Malam ini kita tengok pula Konsert akhir AF9.  Kalau orang tahu menilai, Hazama layak menjadi juara.  Bukan kerana dia telah berada di persada seni buat beberapa ketika.  Tapi kebolehannya memang melebihi peserta lain dan tidak dapat dinafikan professional sekalipun.