Mula ingatkan benjol di tangan adalah akibat tergesel di mana-mana. Sesekali rasa sengal juga.
Kini sudah lebih tiga bulan. Risau la pulak. Jadi tadi pergi berjumpa doktor.
Mengikut doktor ini adalah ganglion, iaitu sejenis ketumbuhan di bawah kulit. Memang biasanya ia terjadi pada pergelangan tangan atau belakang. Ia mengandungi cecair.
Kata doktor juga apa yang saya alami adalah ringan. Selagi ia tidak menganggu fungsi sendi dan tidak menyakitkan serta tidak terlalu ketara, kira okey la!
Harap-harap betul tidak akan menimbulkan masaalah lain. Insya Allah.