Monday, 11 July 2011

LAPORAN TIDAK TELUS

Ternyata media arus perdana membuat liputan berita yang selektif.  Jelas mereka hanya mengampu kerajaan saja.

Selepas ini memang confirm, ramai tak percaya kepada semua laporan dari saluran media-media perdana  ni.  Ibarat kata, 'sudah terang lagi bersuluh.'

Mereka di media arus perdana memang ikut telunjuk saja!  Kita tak mahu tertipu.

Sunday, 3 July 2011

BENJOL DI PERGELANGAN TANGAN

Mula ingatkan benjol di tangan adalah akibat tergesel di mana-mana.  Sesekali rasa sengal juga.

Kini sudah lebih tiga bulan.  Risau la pulak.  Jadi tadi pergi berjumpa doktor.

Mengikut doktor ini adalah ganglion, iaitu sejenis ketumbuhan di bawah kulit.  Memang biasanya ia terjadi pada pergelangan tangan atau belakang.  Ia mengandungi cecair.

Kata doktor juga apa yang saya alami adalah ringan.  Selagi ia tidak menganggu fungsi sendi dan tidak menyakitkan serta tidak terlalu ketara, kira okey la!

Harap-harap betul tidak akan menimbulkan masaalah lain.  Insya Allah.