Wednesday, 5 October 2011

CUBA CIPTA RASA BISKUT BARU

Sebenarnya dulu semasa pergi ke Cina, kami dijamu biskut oleh keluarga Muslim.  Rasanya seperti kueh kapit tapi lebih rangup.

Petang tadi rasa teruja sangat nak buat biskut ini.  Jadi berasaskan resipi kueh kapit dan berpandukan tip yang diberikan oleh tuan rumah di Cina tu, kami cuba-cuba la.

Inilah hasilnya.  Rasanya tak seenak yang dijamukan tu.  Tapi hampir-hampir la.  Lihatlah gambarnya di bawah.  Boleh tahan juga sedapnya!  Hehe.

Sunday, 18 September 2011

RAYA ENAM

Alhamdulillah, akhirnya hari ini kami merayakan kejayaan berpuasa enam hari di bulan Syawal pula.  Sekaligus, jemput juga beberapa orang saudara dan kawan rapat datang ke rumah.

Tak buat apa sangat pun.  Kami sekadar order sate dan nasi himpit.  Kebetulan adik rajin sikit dan dia goreng bihun.  Selebihnya adalah kueh-kueh raya saja.

Sebenarnya kami semua mulanya tak ingat pun tak jemput sesiapa beraya ke rumah.  Tapi apabila, mak saudara anak beranak telefon kata nak datang, kami lawa juga beberapa orang yang lainnya.

Monday, 29 August 2011

HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ni hari Raya.  Mari kita sama-sama merayakan kejayaan Ramadhan dengan semangat Islam yang tulen.
SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
1432H/2011M

MAAF ZAHIR BATIN

Semoga kita dapat merapatkan silaturrahim di dalam suasana ceria bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan kawan rakan.  Amin.

PS: Teks ucapan utama dari laman DDrfauziah. Mohon diizinkan ya kak G.

Sunday, 21 August 2011

MINGGU TERAKHIR RAMADHAN

Baru sedar ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan al Mubarak tahun ini.  Begitu cepat masa berlalu.  Rasa sedih dan pilu juga.

Tapi di waktu yang sama, di minggu ini juga kita masih berpeluang untuk mendapat sebaik-baik barakah.  Jika kita berusaha, kita berkemungkinan mendapat ganjaran Lailatul Qadar juga.

Mengikut riwayat, nabi besar junjungan kita iaitu Nabi Muhammad menghabiskan minggu terakhir Ramadhan ini dengan duduk beribadah di Masjid.  Jika kita tidak mampu melakukan untuk berada di Masjid, kita cuba pulalah hidupkan malam-malam terakhir ini dengan ibadah juga.

Tuesday, 2 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK 1432H

Sudah masuk dua hari kini menjalani ibadah puasa wajip di bulan Ramadhan yang mulia tahun ini.  Mungkin terasa sedikit keletihan mula-mula ni.  Insya Allah, keadaan akan bertambah baik selepas dua tiga hari.

Marilah kita sama-sama memanjat doa semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT BERIBADAH DENGAN BAIK

Monday, 11 July 2011

LAPORAN TIDAK TELUS

Ternyata media arus perdana membuat liputan berita yang selektif.  Jelas mereka hanya mengampu kerajaan saja.

Selepas ini memang confirm, ramai tak percaya kepada semua laporan dari saluran media-media perdana  ni.  Ibarat kata, 'sudah terang lagi bersuluh.'

Mereka di media arus perdana memang ikut telunjuk saja!  Kita tak mahu tertipu.